HOMESTAY PEKAN PAHANG (TEPI PANTAI)...Contact Kami SEGERA 0143678888

Pekan Pahang

Pekan Pahang

Pekan Pahang
Pekan Pahang

Nama Pekan telah menjadi terkenal kerana bukan sahaja dikenali sebagai Bandar Diraja, tetapi Pekan adalah kawasan parlimen bagi perdana menteri ke enam.

Gelaran lama bagi negeri Pahang ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama Pekan. Sebelum negeri Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melayu Melaka, orang Hindu-Asli (berbahasa Sanskrit) memanggil ibu negeri Pahang itu Pura. Orang-orang Melayu ada juga menyebutnya Pura (ada tersebut dalam hikayat Sejarah Melayu 1977 : hal 73). Manakala orang melayu yang diam berhampiran dengan Sungai Endau, Sungai Rompin dan Sungai Bebar memanggilnya Pekan Pahang pula. Pada masa ini Bandar Diraja Pahang yang dinamakan Pekan itu ialah daerah-daerah yang di kiri dan kanan Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua hingga ke hulu had Tanjung Langgar. Bandar Pekan itu terbahagi kepada dua bahagian : Pekan Baharu dan Pekan Lama. Di Pekan Lama itulah tempat kediaman raja-raja dan orang-orang besar Pahang.

Pekan Baharu itu pada zaman dahulu kampung Cina namanya, kemudian baru disebut Pekan Baharu. (Buyung Adil, 1972 : hal 2) Bandar Pekan dikatakan wujud semenjak abad ke 17 lagi. Namun demikian, tidak ada tarikh yang pasti tentang penemuan Pekan tetapi ramai penulis samada penulis Barat, Arab atau penulis Cina menyebut dan menceritakan tentang Pekan.

Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.

Pekan merupakan sebuah daerah, dan bandar diraja di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai Pahang. Pekan mempunyai 3 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan) dan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) dan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM iaitu MRSM Tun Abdul Razak Pekan, Pahang.


Tempat menarik di Pekan Pahang

1) River Cruise Sungai Pekan Pahang
Anda boleh ambil pakej 'Sungai Pahang River Cruise' yang disediakan oleh pihak AnCasa Royale Pekan di mana pengunjung akan disediakan sebuah bot yang akan membawa korang berjalan-jalan selama 1 jam setengah.

2) Pulau Kucing atau Meow Island
Mudah sahaja, anda boleh waze ke Meow Island. Jika anda naik river cruise, mereka akan turunkan anda di pulau kucing antara perhentian dalam perjalanan cruise anda.

3) Pusat Tenun Che Minah Sayang
Anda boleh waze ke Pusat Budaya Pulau Keladi. Disini anda boleh melihat sendiri proses membuat kain halus yang sangat eksklusif ini dari A sampai Z. Dari yang murah sampai mahal ada disini!

4) Rumah Kelahiran Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak
Seperti yang semua tahu, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak berasal dari Pekan Pahang. Jadi anda boleh melawat dan melihat sendiri sejarah berkaitan dengan perdana menteri kedua Malaysia ini.

5) Pantai Air Leleh
Pantai ini sangat meriah setiap  hujung minggu. Anda boleh datang berehat dan bermain ATV.

6) Muzium Sultan Abu Bakar
Muzium ini bukan seperti muzium di tempat lain. Anda memang dapat bergambar dengan objek unik di sana. Terdapat keretapi, kapal terbang, helikopter dan macam-macam lagi. Anda pasti puas hati bergambar di sini!



Jika anda berminat untuk berjalan-jalan di Pekan Pahang, anda boleh menginap di homestay pekan by the sea.

Jom tempah homestay pekan pahang = www.wasap.my/60143678888/HomestayPekanByTheSea

Jom tempah homestay pekan pahang = www.wasap.my/60143678888/HomestayPekanByTheSea 

Jom tempah homestay pekan pahang = www.wasap.my/60143678888/HomestayPekanByTheSea


Sila Like Facebook Kami

https://www.facebook.com/homestaypekanbythesea


Gambar Homestay Pekan By The Sea <SINI>
Cara Booking Homestay Pekan By The Sea <SINI>
Peta Homestay <SINI>

https://homestaykliasepang.blogspot.com

https://homestaymurahkualalumpur.blogspot.com